Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Kemaskini Terakhir: 23 Julai 2022

Soalan Ujian Psikometrik dikatakan soalan peperiksaan online SPA yang paling mudah. Paling tidak... Itulah apa yang dirasakan oleh ramai calon yang mengambil ujian psikometrik SPA.

Dalam Ujian Psikometrik, soalannya ringkas dan calon tidak perlu berfikir panjang untuk menjawab soalan. Walaupun nampak mudah, seksyen ini juga boleh menjadi perangkap kepada calon.

Ramai calon terlalu mengambil mudah terhadap seksyen ini... Akhirnya mereka kecundang.

Sebelum melihat contoh soalan ujian psikometrik, penting untuk anda mengetahui beberapa perkara tentang Ujian Psikometrik.

Kita mula dengan kaedah penilaian yang digunakan SPA dahulu.

Apakah Kaedah Penilaian Yang Digunapakai SPA?

Dalam urusan pengambilan, SPA menggunakan kaedah penilaian yang menyeluruh. Ujian Psikometrik adalah salah satu kaedah yang digunapakai untuk menilai calon.

Bagi memastikan calon adalah benar-benar sesuai untuk sesuatu jawatan, dalam Ujian Psikometrik calon akan dinilai dalam aspek:

  • Sikap
  • Kompetensi
  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Personaliti

Kaedah penilaian ini bergantung kepada keperluan sesuatu jawatan. Oleh sebab itu jika anda perasan... tidak semua jawatan memerlukan calon mengambil Ujian Psikometrik.

Apakah Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik?

Setiap sesuatu jawatan itu... ada ciri-ciri individu yang sesuai untuk jawatan tersebut. Lain jawatan lain pula keperluannya.

Sebagai contoh.

Untuk jawatan jururawat misalnya, apakah ciri-ciri individu yang perlu bagi seseorang yang ingin berkhidmat sebagai seorang jururawat?

Untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik pula, apakah ciri-ciri individu yang diperlukan untuk jawatan tersebut?

Bagaimana pula dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang akan menjadi Pegawai Imigresen? Pegawai Kastam? Dan lain-lain jawatan lagi.

Soalan psikometrik direka dan disusun untuk membuat penilaian personaliti dan kompetensi calon. Ini bagi menilai keserasian mereka terhadap pekerjaan, organisasi serta kerja berpasukan.

Jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan ujian psikometrik akan diproses oleh sistem peperiksaan online SPA.

Hasil analisis akan menentukan kesesuaian calon dengan ciri-ciri dan kompetensi piawai untuk sesuatu jawatan.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik

Walaupun nampak mudah, ada cara jawab ujian psikometrik yang anda boleh praktiskan. Antaranya adalah:

Jawapan Harus Konsisten — Dalam Ujian Psikometrik soalan yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza. Anda pula harus menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang konsisten.

Serlah Sikap Positif — Ini sangat penting. Anda perlu serlahkan sikap positif anda dan sembunyikan sikap negatif. Banyakkan menjawab soalan psikometrik untuk biasakan diri.

Apabila anda dapat skor maksimum, anda tidak lagi perlu risau tentang markah lulus ujian psikometrik bukan?

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Cuba jawab soalan psikometrik di bawah ini.

Saya bergaul dengan semua orang

  1. Ya
  2. Tidak

Saya akan semak dan periksa dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita

  1. Ya
  2. Tidak

Saya ada banyak idea tetapi sukar mengeluarkannya

  1. Ya
  2. Tidak

Saya menghormati pendapat rakan sekerja walaupun berbeza pendapat

  1. Ya
  2. Tidak

Saya tidak membuang sampah merata-rata

  1. Ya
  2. Tidak

Saya menawarkan diri membuat kerja secara sukarela tanpa disuruh

  1. Ya
  2. Tidak

Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja

  1. Ya
  2. Tidak

Saya selalu dipuji cikgu di zaman persekolahan dahulu

  1. Ya
  2. Tidak

Saya bersukan secara berkala setiap minggu

  1. Ya
  2. Tidak

Saya datang dan pulang dari tempat kerja mengikut waktu pejabat

  1. Ya
  2. Tidak

Bila Keputusan Ujian Psikometrik Keluar?

Keputusan bagi setiap peperiksaan online SPA akan dikeluarkan dalam tempoh 25 hari bekerja.

Cadangan Rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan ujian psikometik.

Dengan memiliki rujukan ini, anda akan mendapat contoh soalan dan juga jawapan ujian psikometrik.

Bukan itu sahaja... rujukan turut memberi penerangan untuk setiap pilihan jawapan ujian psikometrik.

Ini sangat penting kerana ia akan membuatkan anda lebih faham sebab apa jawapan itu dipilih.

rujukan ujian psikometrik

Rujukan mengandungi:

  • Contoh soalan psikometrik
  • Penerangan bagi setiap jawapan
  • Sesuai untuk semua gred jawatan
  • Jaminan update percuma selama 2 tahun

[ Download Preview Copy ]

Penutup

Semoga artikel ini membantu anda untuk mengetahui tentang Ujian Psikometrik SPA. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, emelkan kepada kami di support@peperiksaanonline.com.