Soalan Lazim

Koleksi soalan yang kerap ditanyakan oleh calon mengenai Peperiksaan Online SPA dan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9

Untuk mendaftar akaun SPA9, kunjungi Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di https://spa9.spa.gov.my/

Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.

Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.

Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

SPA telah membuat ketetapan One Step Lower. Pemohon hanya boleh memohon jawatan berdasarkan kelayakan One Step Lower dari kelulusan mereka.

Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.