Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Kemaskini Terakhir:

Dalam banyak-banyak seksyen dalam peperiksaan online SPA, seksyen pengetahuan am adalah seksyen yang dikatakan paling mencabar.

Tetapi benarkah begitu?

Apa yang dikatakan itu kurang tepat.

Semua seksyen dalam peperiksaan online SPA akan menjadi jauh lebih susah daripada yang sebenar apabila calon tidak membuat persediaan yang secukupnya.

Dalam situasi sebenar, ramai calon mengambil peperiksaan online SPA tanpa membuat apa-apa persediaan atau sekadar membuat persediaan secara minimum sahaja.

Topik Soalan Pengetahuan Am

Mungkin anda tertanya-tanya. Apakah soalan yang akan ditanya oleh SPA? Apakah topik yang akan masuk dalam peperiksaan online SPA?

Kita boleh buat analisis soalan dan topik tetapi soalan dan topik soalan adalah di bawah bidang kuasa SPA.

Untuk seksyen Pengetahuan Am, antara topik yang boleh ditanya termasuklah:

  • Isu-isu semasa
  • Pengetahuan am tentang Malaysia
  • Sejarah Malaysia
  • Sosial dan budaya
  • Dasar-dasar awam
  • Pentadbiran negara
  • Keselamatan negara
  • Hal berkaitan jawatan
  • Hal berkaitan kementerian/jabatan
  • Dan lain-lain...

Disebabkan topik yang boleh ditanya dalam soalan pengetahuan am lebih luas berbanding seksyen lain. Ramai calon menyatakan bahawa soalan daya menyelesaikan masalah itu lebih mudah berbanding soalan pengetahuan am.

Untuk skor maksimum dalam seksyen ini, mahu tidak mahu anda perlu memperbanyakkan membaca.

Seterusnya buat latihan dan latih tubi bagi memantapkan ingatan anda.

Tiada jalan pintas.

Analisis Pecahan Soalan

Ini adalah contoh analisis pecahan soalan terhadap Peperiksaan Online Pegawai Pendaftaran Gred KP41 yang berlangsung pada 26 Februari 2021.

Berdasarkan analisis kami mendapati soalan pengetahuan am dipecahkan kepada:

  1. Soalan berkaitan jawatan
  2. Soalan berkaitan pentadbiran negara
  3. Soalan isu semasa
  4. Soalan sejarah

Soalan berkaitan jawatan — Soalan berkaitan dengan jawatan boleh dikatakan soalan yang wajib masuk dalam peperiksaan online SPA.

Antara soalan yang boleh ditanya termasuklah soalan berkaitan dengan tugas, jabatan, kementerian dan lain-lain lagi.

Maklumat tentang jawatan, jabatan dan kementerian ini anda boleh cari di website rasmi mereka.

Soalan berkaitan pentadbiran negara — Ini juga adalah soalan yang selalu dimasukkan dalam soalan peperiksaan SPA.

Berdasarkan analisis soalan peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred KP41, soalan tentang Yang di-Pertuan Agong ada dimasukkan.

Soalan isu semasa — SPA ada memasukkan soalan tentang DARURAT. Isu darurat masih lagi baru pada ketika itu. Selain itu topik hangat Februari 2021 adalah VAKSIN.

Apakah isu hangat kebelakangan ini?

Soalan sejarah — Berdasarkan analisis, soalan peperiksaan online tahun 2019 dan 2020, SPA langsung tidak memasukkan soalan sejarah. Tetapi SPA telah memasukkan 2 soalan sejarah dalam peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred KP41.

Tips Menjawab Soalan Pengetahuan Am

Bagaimana untuk skor maksimum dalam seksyen pengetahuan am?

Persediaan sebelum hari peperiksaan:

Banyakkan membaca — Mahu tidak mahu... anda perlu mencari dan membaca tentang topik yang berkaitan. Pergi ke portal rasmi SPA. Baca tentang deskripsi jawatan.

Pergi ke portal rasmi — jangan lupa semak portal rasmi kementerian atau jabatan berkaitan jawatan dan baca maklumat yang dikongsikan di portal rasmi mereka yang anda rasakan relevan untuk peperiksaan online anda.

Cari contoh soalan spa — ramai yang rajin kongsikan contoh soalan di blog kerjaya. Dan jika anda rajin cari di Facebook, ada yang kongsikan screenshot soalan peperiksaan online yang mereka jawab.

Persediaan pada hari peperiksaan:

Pastikan internet stabil — ini supaya anda masuk ke portal peperiksaan online SPA tanpa sebarang isu. Maklumkan ahli keluarga supaya minimumkan penggunaan internet jika anda berkongsi internet menggunakan wifi.

Gunakan laptop atau komputer — supaya anda mempunyai skrin yang lebih luas untuk memudahkan anda membaca soalan peperiksaan.

Simpan nombor telefon SPA - ini memudahkan anda membuat aduan jika anda menghadapi sebarang isu untuk memasuki sistem peperiksaan SPA.

Tips Semasa Peperiksaan

Jawab mana yang tahu dahulu — ketika peperiksaan berlangsung, anda mempunyai masa yang terhad untuk menjawab. Jangan terlalu lama ambil masa untuk menjawab soalan. Mana-mana soalan yang anda tak tahu... tinggalkan dahulu soalan itu dan jawab kemudian.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Cuba anda jawab contoh soalan di bawah ini. Topiknya agak pelbagai. Jadi jika anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan... Anda perlu cari bahan rujukan bagi membantu anda membuat persediaan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

  1. Beragama Islam.
  2. Keturunan Melayu.
  3. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
  4. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

  1. Penubuhan ASEAN.
  2. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
  3. Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
  4. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?

  1. Sukan Olimpik.
  2. Sukan Paralimpik.
  3. Sukan Malaysia (SUKMA).
  4. Sukan Komanwel.

Kuasa tertinggi pentadbiran negara adalah

  1. Perdana Menteri.
  2. Majlis Raja-Raja.
  3. Yang di-Pertuan Agong.
  4. Perlembagaan Malaysia.

Untuk pindaan perlembagaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, apakah syarat yang diperlukan sebelum ianya dianggap sah?

  1. Persetujuan majoriti ahli parlimen.
  2. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahli parlimen.
  3. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahlimen dan 1/2 Dewan Negara.
  4. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahli parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Negeri manakah yang turut dikenali dengan "Negeri Di Bawah Bayu"?

  1. Kedah
  2. Sarawak
  3. Johor
  4. Sabah

Berikut adalah perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali

  1. Perkapalan dan Pelayaran
  2. Perhubungan dan Pengangkutan
  3. Pertanian dan Perhutanan
  4. Perdagangan dan Perusahaan

Sebelum Beli Rujukan

Sebelum anda membeli bahan rujukan untuk peperiksaan online SPA, baca artikel ini dulu: Tips Beli Bahan Rujukan.

Cadangan Rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan Extra Seksyen.

Rujukan ini mengandungi soalan + jawapan bagi membantu anda faham bagaimana soalan ditanya untuk setiap seksyen dalam peperiksaan online SPA.

rujukan seksyen pengetahuan am
Anda sedang cari
contoh soalan + jawapan
pengetahuan am SPA?
klik

Rujukan:

  • Sesuai untuk peperiksaan KERAJAAN PUSAT
  • Sesuai untuk peperiksaan KERAJAAN NEGERI
  • Sesuai untuk semua gred jawatan

| Download Preview Copy |

Akhir Kata

Usaha sehabis baik supaya anda lulus peperiksaan online ini. Kami doakan anda skor maksimum dalam seksyen pengetahuan am. Insyaallah nanti kami akan kemaskini dan tambah contoh soalan pengetahuan am yang baru.