Tips Membeli Bahan Rujukan Peperiksaan Online SPA

Kemaskini Terakhir:

Anda dipanggil ke Peperiksaan Online SPA? Tetapi tak tahu hendak ulangkaji apa? Tiada bahan untuk bantu buat ulangkaji?

Cara paling mudah.

Anda beli rujukan yang disediakan khusus untuk peperiksaan online SPA.

Tapi... Ada ke bahan rujukan untuk peperiksaan online SPA?

Jawapannya... ADA.

Sekarang... anda perlu pilih bahan rujukan yang bagaimana?

Pastikan Versi Terkini

Alang-alang membeli rujukan, pastikan rujukan yang anda beli itu versi yang terkini. Rugi sangat-sangat jika anda membeli rujukan yang isinya sudah ketinggalan zaman.

Sebab itu kami tidak menggalakkan anda membeli rujukan dalam bentuk buku fizikal.

Elak Beli Buku Fizikal

Kenapa dengan buku fizikal?

Bukannya anda langsung tidak boleh membeli buku fizikal. Jika anda memang seorang ulat buku. Suka membaca malah suka pula membeli buku, anda boleh membeli buku apa pun yang anda mahu.

Tetapi jika anda membeli rujukan untuk tujuan membuat persediaan untuk peperiksaan online SPA, buku fizikal mungkin kurang sesuai.

Buku fizikal ini ada kekurangan.

Buku fizikal susah untuk dikemaskini.

Ini menyebabkan isi kandungannya mungkin sudah tidak lagi relevan ketika anda membeli buku tersebut. Isi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Contohnya.

Buku rujukan yang diterbitkan semasa Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8, mungkin tidak lagi relevan pada ketika zaman Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kita mahu rujukan terkini.

Oleh itu, ketika mencari rujukan, disarankan supaya anda membeli rujukan dalam bentuk ebook dan pastikan rujukan itu versi terkini yang maklumatnya masih relevan.

Pilih Rujukan Berkualiti

Alang-alang hendak membeli… Biar beli rujukan yang berkualiti. Ada beberapa ciri-ciri yang anda perlu perhatikan ketika membeli rujukan.

  • Adakah rujukan versi terkini?
  • Adakah rujukan ikut format terkini SPA?
  • Adakah itu rujukan umum atau rujukan spesifik jawatan?
  • Adakah rujukan ada jaminan update percuma?

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan online SPA, kami rekomen anda mendapatkan rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Info Kerjaya.

Mereka telah menerbitkan lebih dari 20 ebook untuk membantu calon menghadapi peperiksaan online SPA dan temuduga kerajaan.

Anda boleh berjimat kerana anda akan menerima jaminan update percuma selama 2 tahun apabila membeli ebook mereka.

Rujukan Umum / Spesifik

Ketika mahu membeli bahan rujukan, anda perlu bahawa rujukan untuk peperiksaan online SPA yang kami rekomen itu terbahagai kepada 2 jenis iaitu:

  1. Rujukan umum
  2. Rujukan spesifik jawatan

Apa beza kedua-dua rujukan ini?

Rujukan umum dan rujukan spesifik jawatan ini dua-duanya boleh bantu anda membuat persediaan menghadapi peperiksaan online SPA.

Tetapi rujukan spesifik jawatan mempunyai contoh soalan dan nota tambahan berkaitan jawatan tertentu. Jawatan di bawah ini mempunyai rujukan spesifik:

  • Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Latihan Separa perubatan
  • Pembantu Antidadah S19
  • Pembantu Penerangan S19
  • Penolong Penguasa Kastam WK29
  • Pegawai Siasatan P41
  • Penolong Penguat Kuasa KP29
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
  • Juruaudit W29/W41
  • Exam Pegawai Belia & Sukan S29/S41
  • Pegawai Tadbir N41
  • Akauntan WA41
  • Penguasa Bomba KB28/KB41
  • Pembantu Pertahanan Awam KP19
  • Pembantu Tadbir Kewangan W19
  • Pembantu Tadbir N19
  • Pegawai Penguatkuasa KP41
  • Pegawai Teknologi Maklumat F41
  • Pegawai Imigresen KP19
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
  • Pembantu Tadbir Undang-Undang L19
  • Jurutera JA29/J41
  • Pembantu Pendaftaran KP19
  • Penolong Pegawai Siasatan P29

Untuk jawatan di atas, membeli rujukan spesifik akan lebih membantu anda berbanding membeli rujukan umum.

Rujukan di bawah adalah antara rujukan paling laris untuk kategori rujukan umum. Anda boleh lihat bahan rujukan lain DI SINI.

Jika anda tidak pasti hendak pilih rujukan yang mana satu, emel kami di support@peperiksaanonline.com untuk pertanyaan.

Penutup

Bukan semua rujukan itu sama. Ketika anda membuat keputusan membeli rujukan untuk peperiksaan online, kami harap anda ingat perkongsian ini.

Rujukan yang baik akan membantu anda belajar dengan lebih mudah bagi menghadapi peperiksaan online SPA.