Tips Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Kemaskini Terakhir: 16 September 2022

Anda dipanggil untuk menghadiri Ujian Psikometrik SPA? Pertama sekali kami ucapkan tahniah buat anda.

Anda semakin hampir untuk merealisasikan cita-cita anda untuk membina kerjaya di sektor perkhidmatan awam. Nak kerja gomen... bak kata orang kampung.

Peringatan Kepada Calon

Sebelum itu suka kami memberi ingatan kepada calon tentang AMARAN yang dikeluarkan oleh SPA tentang salah laku integriti yang melibatkan calon PSEE.

Sila rujuk notis di bawah:

Amaran Peperiksaan Online SPA
Amaran salah laku integriti oleh calon SPEE

Panjangkan?

Ringkasnya, anda perlu JAWAB SENDIRI sebarang peperiksaan online yang anda ambil.

Jawab dengan JUJUR tanpa melakukan sebarang penipuan. Jika tertangkap anda boleh disenaraihitam dan keputusan dibatalkan.

Tips Ujian Psikometrik

Kembali kepada topik artikel ini "Tips Jawab Ujian Psikometrik SPA".

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana hendak skor maksimum dalam Ujian Psikometrik SPA?

Anda perlu faham 2 benda ini sahaja.

  1. Anda perlu serlahkan sikap positif, dan
  2. Jawapan anda perlu konsisten

Bagi mendapatkan penilaian yang tepat, soalan dengan objektif yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang sedikit berbeza.

Atas sebab inilah anda tidak digalakkan jawab soalan psikometrik secara hentam keromo sahaja.

Kesilapan besar calon...

Apabila tidak cukup masa, mereka jawab soalan secara hentam keromo, apabila jawapan tidak konsisten... Akhirnya mereka kecundang dalam ujian psikometrik.

Mereka gagal ujian psikometrik.

Istilah yang lebih tepat adalah mereka TIDAK BERJAYA dalam ujian psikometrik. Sebab apa? Dalam ujian psikometrik, tiada jawapan betul atau salah.

Ada juga yang tanya...

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Sebagai orang awam, kita tidak mengetahui secara spesifik berapa markah lulus ujian psikometrik.

Pihak SPA tidak pernah mendedahkan perkara ini.

Untuk itu, saranan kami adalah agar anda memperbanyakkan membuat latihan bagi membiasakan diri menjawab soalan psikometrik.

Buat latihan banyak-banyak supaya anda tidak lagi perlu memikirkan tentang markah lulus.

Usahakan untuk memahami kehendak soalan, insyaallah anda akan berjaya dalam ujian psikometrik.

Cadangan Rujukan

Khas untuk Ujian Psikometrik, jika anda mencari bahan rujukan, kami rekomen anda ebook rujukan psikometrik.

rujukan ujian psikometrik

Kelebihan rujukan ini, anda akan mendapat contoh soalan psikometrik, jawapan dan penerangan kenapa jawapan itu dipilih.

Berikut adalah contoh jawapan soalan psikometrik dan penerangannya:

Saya suka menegur pekerja bawahan saya dikhalayak ramai

  1. Ya
  2. Tidak

Jawapan yang sepatutnya anda pilih adalah TIDAK.

Penerangan: Teguran secara berhemah dimulakan dengan teguran tertutup.

Ingin Lulus Ujian Psikometrik?

Tiada jaminan anda akan lulus ujian psikometrik apabila anda membeli rujukan ini.

Rujukan ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan dan biasakan diri untuk menjawab soalan psikometrik sekaligus mengelakkan anda terperangkap dengan soalan trick.

Penerangan jawapan pula membantu anda untuk faham kehendak soalan yang ditanya.

Testimoni Rujukan Ujian Psikometrik
Testimoni pembeli rujukan psikometrik.
Testimoni Rujukan Ujian Psikometrik
Testimoni pembeli lulus ujian psikometrik SPA.

Jika anda ingin menjawab ujian psikometrik SPA dengan yakin dan tenang, rujukan ini mungkin untuk anda.

[ Download Preview Copy ]

Akhir Kata

Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan rujukan, emel kami di support@peperiksaanonline.com untuk mendapatkan bantuan.

Kami akan membantu anda. Insyaallah.