Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Kemaskini Terakhir:

Anda dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41?

Tahniah kami ucapkan.

Jika dibandingkan dengan jawatan lain seperti [Latihan Separa Perubatan], panggilan untuk hadir ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik tidak dibuka setiap tahun.

Panggilan sebelum ini adalah pada 2021.

Pada pandangan anda bila SPA akan membuat panggilan yang seterusnya?

Oleh itu, jika anda di panggil ke peperiksaan online untuk jawatan ini, usahakan untuk membuat persediaan sehabis baik. Jika anda terlepas peluang... mungkin akan perlu menunggu lebih lama.

Format Peperiksaan

Untuk peperiksaan ini, anda hanya perlu fokus pada seksyen yang masuk peperiksaan ini sahaja. Anda boleh abaikan seksyen yang tidak masuk peperiksaan.

Maklumat tentang format peperiksaan ada dimaklumkan SPA dalam emel panggilan memasuki peperiksaan yang anda terima.

Contoh Soalan

SPA tidak memberikan banyak contoh soalan kepada calon. Oleh itu, anda perlu mencari dan membuat persediaan sendiri. Anda tiada pilihan lain.

Sebagai alternatif anda boleh mencari rujukan tambahan, ada pihak ke-3 yang menyediakan pakej berupa contoh soalan dan nota tambahan bagi membantu anda.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda akan ditempatkan di pelbagai jabatan dalam kerajaan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Anda perlu menjadi seorang yang serba boleh.

Skop soalan seksyen ini sangat luas. Ia boleh merangkumi:

  • Hal berkaitan jawatan
  • Dasar-dasar awam
  • Pengetahuan am mengenai Malaysia
  • Isu-isu semasa
  • Pentadbiran negara
  • Dan lain-lain

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am:

Transformasi perkhidmatan awam yang digariskan dalam RMK-11 adalah

  1. Kerajaan digital
  2. Bertumpukan rakyat
  3. Produktiviti dan kecekapan
  4. Penyusunan semula skim-skim jawatan
  1. I, II dan III
  2. I, III dan IV
  3. I, II dan IV
  4. II, III dan IV

Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan seperti berikut kecuali

  1. Kedudukan istimewa orang Melayu.
  2. Hak bebas semua rakyat melawat mana-mana negara lain.
  3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
  4. Hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang-undang.

Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali

  1. Mengutip cukai pintu.
  2. Mendaftarkan hak milik strata.
  3. Memproses permohonan menggadai tanah.
  4. Memproses permohonan memecah sempadan.

Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah

  1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  2. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri
  3. Kuasa kawasan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak
  4. Meliputi Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
  1. I dan III
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. II dan IV

Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali

  1. Kuat kuasa undang-undang
  2. Penganugerahan taraf
  3. Percantuman wilayah
  4. Pendaftaran

Bagaimana dengan 5 contoh soalan pengetahuan am di atas? Anda dapat jawab soalan yang diberikan atau tidak?

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Berbanding Seksyen Pengetahuan Am, anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat skor maksimum dalam seksyen ini.

Soalan pula meliputi perkara berikut:

  • Kemahiran menggunakan logik
  • Kemahiran menginterpretasi data
  • Konsep matematik

Berikut adalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah

Kedai W terletak ke utara kedai X manakala kedai X terletak ke barat kedai Y. Kedai Z pula di selatan kedai Y. Jarak kedai W ke kedai X, kedai X ke kedai Y dab kedai Y ke kedai Z adlah sama iaitu 5km. Cari bearing kedai X dari kedai Z?

  1. 225°
  2. 270°
  3. 315°
  4. 335°

Puan Jamilah telah membeli mesin pengisar daging import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 ½ tahun. 

Berapakah wang yang perlu dibayar setiap bulan?

  1. RM680
  2. RM880
  3. RM980
  4. RM990

Diberi 4P + 2Q = -2 dan 4Q - 2P = 16. Apakah nilai P?

  1. -2
  2. 3
  3. -4
  4. 6

Amira mempunyai RM310 manakala adiknya mempunyai 4/5 daripada wang yang ada pada Amira. Mereka berkongsi wang untuk membeli 3 buku sains yang berharga RM25 sebuah, 4 buku matematik berharga RM32 sebuah, 2 buku sejarah yang sama harga dan 4 buku geografi yang harga 3/4 daripada buku sejarah sebuah. Sekiranya baki wang selepas pembelian buku adalah sebanyak RM175, berapakah harga sebuah buku sejarah?

  1. 108
  2. 72
  3. 36
  4. 27

M ialah titik tengah garis lurus PQ. Koordinat P ialah (-6, 9) dan koordinat titik M ialah (1, 5). Cari koordinat titik Q?

  1. (-7, 5)
  2. (-5, 13)
  3. (7, 2)
  4. (8, 1)

Contoh soalan matematik di atas ini susah atau senang? Diharapkan semoga anda boleh jawab contoh tersebut dengan mudah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris SPA

Soalan kefahaman bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Anda akan diuji dengan soalan berbentuk kefahaman (comprehension) dan juga tahabahasa (grammar).

Dalam artikel ini, kami tidak kongsikan contoh soalan bahasa Inggeris comprehension. Kami hanya kongsikan contoh soalan grammar sahaja.

His thinking leans _____ democracy.

  1. for
  2. with
  3. towards
  4. none of these

She got too tired _____ over work.

  1. on
  2. for
  3. because of
  4. because off

_____ her principles, she has to be vey careful.

  1. With regard of
  2. With regard on
  3. With regard to
  4. None of these

Building has been built _____ the new plan.

  1. for
  2. about
  3. accordance to
  4. in accordance with

The train _____ as fast as the bus.

  1. going
  2. moves
  3. running
  4. went

Contoh soalan bahasa Inggeris di atas ini agak mudah. Dan dalam peperiksaan sebenar, soalan boleh diolah dalam pelbagai bentuk bagi menguji kefahaman calon.

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Untuk Seksyen Ujian Psikometrik, mohon rujuk artikel di bawah.

Kami ada rekomen rujukan ujian psikometrik dalam artikel tersebut.

Rujukan mengandungi 200 contoh soalan psikometrik dan jawapan. Setiap jawapan pula mempunyai penerangan mengapa jawapan itu dipilih.

Untuk seksyen lain, kami rekomen rujukan di bawah:

Cadangan rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan yang disusun khas untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

rujukan pegawai tadbir diplomatik
Anda sedang cari
contoh soalan + jawapan
pegawai tadbir diplomatik?
klik

Ia disertakan dengan soalan + jawapan untuk membantu anda membuat persediaan segera.

Anda juga akan menerima nota tambahan berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

| Download Preview Copy |