Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan

Kemaskini Terakhir:

SPA panggil anda menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Latihan Separa Perubatan?

Kami ucapkan tahniah kepada anda.

Kemasukan ke Latihan Separa Perubatan hanya dibuka 2 kali setahun. Walaupun anda ada peluang 2x setahun, anda perlu usaha sehabis baik.

Kerana setiap tahun ramai yang memohon masuk ke Latihan Separa Perubatan. Persaingan adalah sangat tinggi disebabkan tempat kosong yang terhad.

Bagaimana untuk membuat persediaan?

Format Peperiksaan

Untuk persediaan peperiksaan, anda hanya perlu fokus pada seksyen yang masuk peperiksaan ini sahaja. Anda boleh abaikan seksyen yang tidak masuk peperiksaan.

Maklumat tentang format peperiksaan ada dimaklumkan SPA dalam emel panggilan memasuki peperiksaan yang anda terima.

Analisis Soalan Peperiksaan

Berdasarkan analisis yang kami lakukan, terdapat perbezaan format soalan yang ditanya dalam Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan.

Format soalan pada 2019 berbeza dengan format 2020. Pada 2019 dalam seksyen Pengetahuan Am, 50 soalan telah ditanyakan kepada calon.

Soalan yang ditanya pula tidak banyak berkaitan dengan kesihatan umum, sains, Separa Perubatan mahupun KKM. Soalan pada 2019 lebih umum. Antara topik soalan adalah tentang parlimen, perlembangaan, GPS dan lain-lain topik.

Pada 2020 pula seksyen Pengetahuan Am hanya mempunyai 30 soalan sahaja.

Tetapi topik soalannya lebih menjurus kepada skop yang berkaitan. 99% soalan pada 2020 boleh dikatakan berkaitan dengan Separa Perubatan dan kesihatan umum.

Untuk 2021, seksyen Pengetahuan Am mempunyai 50 soalan. Soalan peperiksaan online Separa Perubatan kali ini besar kemungkinan akan seperti soalan 2019.

Itu pada tahun-tahun terdahulu. Bagaimana pula dengan tahun ini?

Contoh Soalan

SPA hanya menyediakan beberapa contoh soalan sahaja kepada calon. Jika anda mahukan lebih banyak soalan, anda perlu mencari alternatif lain.

Anda boleh mencari soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang lepas dan cuba jawab soalan tersebut.

Anda juga boleh mencari rujukan tambahan yang di sediakan oleh pihak ke-3. Kami akan rekomen rujukan yang menyediakan contoh soalan, jawapan dan nota tambahan untuk anda di akhir artikel ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Skop soalan untuk Seksyen Pengetahuan Am agak luas. Ini menyebabkan calon menghadapi cabaran untuk membuat persediaan.

Calon perlu membaca banyak dan mempunyai pengetahuam am yang luas untuk skor seksyen ini.

Skop soalan untuk seksyen ini pula merangkumi:

  • Hal berkaitan jawatan
  • Sains, sosial dan budaya
  • Aspek-aspek kesihatan umum
  • Pengetahuan am mengenai Malaysia
  • Isu-isu semasa dalam dan luar negara
  • Dan lain-lain

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am:

Pergerakan anggota ke bahagian lateral dan menjauhi satah median dikenali sebagai

  1. Rotasi
  2. Adduksi
  3. Abduksi
  4. Sirkumdusi

Agen infeksi bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah

  1. Virus
  2. Cacing
  3. Fungus
  4. Bakteria

Cara penyimpanan dalam peti sejuk yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan ialah

  1. Menyimpan sayur dan buah di bahagian bertutup
  2. Meletakkan makanan mentah di atas makanan telah dimasak
  3. Menyimpan ayam dalam bahagian freezer untuk tempoh yang lama
  4. Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan cili yang telah dikisar

Semasa kitaran haid,ovulasi berlaku di penghujung fasa ini

  1. Ischemia
  2. Menstrual
  3. Secretory
  4. Proliferative

Apabila suatu jirim dipanaskan,zarah-zarah dalam jirim tersebut akan mengalami pertambahan

  1. Saiz jirim
  2. Tenaga kinetik
  3. Nilai takat didih
  4. Daya tarikan antara atom

Kekurangan pengambilan vitamin A boleh menyebabkan penyakit

  1. Skurvi
  2. Marasmus
  3. Kwashiorkor
  4. Rabun malam

Manakah bahagian yang bertindak untuk mengendalikan kes-kes berkaitan dengan medico-legal di Kementerian Kesihatan Malaysia?

  1. Bahagian Amalan Perubatan
  2. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
  3. Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
  4. Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam

Inokulasi AstraZeneca-Oxford, Covid-19 dihasilkan melalui

  1. Suntikan Sell T
  2. Gen spike protein
  3. Komponen adjuvant
  4. Thiomersal

Penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut kepada haiwan seperti anjing dan kucing dikenali sebagai

  1. Rabies
  2. Rubella
  3. Jaundice
  4. Measles

Kajian saintifik terhadap struktur,sistem organ dan tisu sesuatu organisma dikenali sebagai

  1. Fisiologi
  2. Anatomi
  3. Histologi
  4. Homeostasis

Biasanya kami hanya masukkan 5 contoh soalan. Tetapi untuk Latihan Separa Perubatan ini kami telah masukkan 10 contoh soalan untuk Seksyen Penyetahuan Am.

Anda dapat jawab soalan yang diberikan atau tidak?

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah pula anda akan diuji meliputi perkara berikut:

  • Kemahiran menggunakan logik
  • Kemahiran menginterpretasi data
  • Konsep matematik

Berikut adalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah:

{208, 224, 240, X, 272, Y} adalah satu jujukan nombor. X+Y=?

  1. 528
  2. 544
  3. 560
  4. 572

Sebuah uncang mengandungi 23 biji limau dan berat purata setiap sebiji ialah 195g. 5biji limau lagi dimasukkan ke dalam uncang tersebut menjadikan berat purata bertambah sebanyak 8g. Berapakah jumlah berat keseluruhan limau tersebut?

  1. 4.493kg
  2. 4.525kg
  3. 5.500kg
  4. 5.684kg

Sebuah segitiga mempunyai ukuran (panjangxlebar) 35cm x 45cm. Berapakah luas (dalam unit cm²) 1/3 daripada permukaan segitiga tersebut?

  1. 262.5
  2. 315.0
  3. 525.0
  4. 787.5

Kecerunan garis lurus 2X - 4Y = 8 ialah

  1. -2
  2. 1/2
  3. 2
  4. -1/2

Sekiranya harga sebuah mesin jahit berkurang daripada RM1,850 kepada RM1,130, berapakah peratus (%) pengurangan harga mesin jahit tersebut?

  1. 21.6
  2. 36.3
  3. 38.9
  4. 63.7

Contoh soalan matematik di atas ini susah atau senang? Diharapkan semoga anda boleh jawab contoh tersebut dengan mudah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Soalan kefahaman bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Anda akan diuji dengan soalan berbentuk kefahaman (comprehension) dan juga tahabahasa (grammar).

Dalam artikel ini, kami tidak kongsikan contoh soalan bahasa Inggeris comprehension. Kami hanya kongsikan contoh soalan grammar sahaja.

__________ gang of prisoners was brought to justice after they had robbed several banks in __________ areas.

  1. Those, these
  2. These, that
  3. That, this
  4. This, those

My father said that when he __________ up, his family didn’t have much. When my grandfather took him to the mall, he __________ outside the toy store looking through the window.

  1. grew, stood
  2. grows, stands
  3. is growing, will stand
  4. was growing, would stand

I had a headache when I found out I was caught up in the system glitch that didn’t allow me to leave the house. __________ I got to stay in and rest while watching my favourite series on Netflix.

  1. Actually
  2. At least
  3. Moreover
  4. Otherwise

That was _____ flood in many years.

  1. worse
  2. worse than
  3. the worse
  4. the wors

Although he played _____, he still lost the game.

  1. good
  2. better
  3. the best
  4. well

Bagaimana dengan contoh soalan bahasa Inggeris di atas ini?

Dalam peperiksaan sebenar, soalan boleh diolah dalam pelbagai bentuk bagi menguji kefahaman calon.

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Untuk Seksyen Ujian Psikometrik, mohon rujuk artikel di bawah.

Kami ada rekomen rujukan ujian psikometrik dalam artikel tersebut.

Rujukan mengandungi 200 contoh soalan psikometrik dan jawapan. Setiap jawapan pula mempunyai penerangan mengapa jawapan itu dipilih.

Khas untuk Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan, kami rekomen rujukan di bawah:

Cadangan rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen rujukan spesifik jawatan yang telah disusun khas untuk exam online Latihan Separa Perubatan.

rujukan latihan separa perubatan
Anda sedang cari
contoh soalan + jawapan
latihan separa perubatan?
klik

Rujukan dalam bentuk ebook ini mengandungi contoh soalan + jawapan + nota tambahan untuk membantu anda membuat persediaan segera.

Nota tambahan berkaitan jawatan Latihan Separa Perubatan ini bertujuan untuk membantu untuk refresh semula ingatan anda tentang topik-topik berkaitan Separa Perubatan.

Dapatkan preview copy percuma. Klik link di bawah untuk download.

| Download Preview Copy |