Contoh Soalan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Assalamualaikum.
Anda dipanggil untuk menghadiri Peperiksaan Online Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19?
Berikut adalah beberapa contoh soalan SPA pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris bagi membantu anda membuat persediaan.
Format peperiksaan
Maklumat mengenai format peperiksaan ada dimaklumkan SPA dalam emel panggilan memasuki peperiksaan yang anda terima. Sila semak emel tersebut untuk butiran lanjut.
Contoh Soalan
Untuk pengetahuan anda, di Portal Rasmi SPA ada dikongsikan juga beberapa contoh soalan. Anda boleh muat turun pdf yang dikongsikan.
Jika anda mahukan lebih banyak contoh soalan, kami rekomen supaya anda membeli rujukan tambahan.
Di akhir artikel ini, kami kongsikan rujukan yang sesuai untuk membantu anda membuat latih tubi. Anda akan menerima contoh soalan + jawapan.
Berbalik kepada topik.
Bagaimanakah soalan yang ditanya dalam peperiksaan online SPA?
Contoh Soalan Pengetahuan Am spa
Tujuan seksyen ini adalah menguji pengetahuan am anda. Jadi topik untuk Seksyen Pengetahuan Am agak luas yang mana memerlukan anda untuk banyak membaca.
Skop soalan meliputi:
- Pengetahuan umum berkaitan jawatan
- Pengetahuan am tentang Malaysia (pentadbiran kerajaan, sejarah, ekonomoni, dasar-dasar awam)
- Isu-isu semasa dalam & luar negara
- Dan lain-lain
Berikut diberikan beberapa contoh soalan pengetahuan am:
Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?
- Sukan Olimpik
- Sukan Paralimpik
- Sukan Malaysia (SUKMA)
- Sukan Komanwel
Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
- Perlis
- Perak
- Kedah
- Kelantan
Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?
- Mikrofilem
- Jalur hologram
- Cetakan intaglio
- Benang keselamatan
Simbol bulatan pada logo olimpik melambangkan
- Penyatuan
- Jumlah benua
- Keharmonian
- Semangat kesukanan
Negara yang tidak menganggotai Komanwel ialah
- India
- Filipina
- Singapura
- Bangladesh
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Soalan spa
Sekiranya anda menguasai asas matematik dengan baik, anda mempunyai peluang yang baik untuk skor maksimum dalam seksyen ini.
Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda meliputi:
- Kemahiran menggunakan logik
- Kemahiran menginterpretasi data
- Konsep matematik
Berikut diberikan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah:
Perimeter sebuah segiempat tepat adalah 32 cm. Jika lebar segiempat itu adakah 4 cm, cari panjang segiempat tersebut.
- 4 cm
- 8 cm
- 12 cm
- 16 cm
Diberi set data 30, 35, 38, 39, 41, 46, 50. Hitung varians bagi set data itu.
- 38.21
- 38.12
- 32.81
- 32.18
Seramai 2,450 orang telah divaksin pada hari pertama. Jumlah pada hari kedua meningkat 80% dan menurun 20% pada hari ketiga berbanding hari sebelumnya. Berapa orangkah yang telah divaksin?
- 7,742
- 8,820
- 10,388
- 12,152
Cari julat antara kuartil bagi satu set data 43, 26, 36, 24, 30, 38, 22, 28.
- 12 cm
- 14 cm
- 16 cm
- 18 cm
Harga sebuah kamus ialah RM7.95. Setiap pembelian 5 buah kamus tersebut, sebuah kamus akan diberi secara percuma. Sam membayar RM 182.85. Berapakah jumlah kamus yang dibawa pulang oleh Sam?
- 24
- 27
- 29
- 32
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris spa
Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil. Anda akan diuji dengan soalan kefahaman (comprehension) dan juga tahabahasa (grammar).
Dalam artikel ini, kami tidak kongsikan [contoh soalan bahasa Inggeris] comprehension. Kami hanya kongsikan contoh soalan grammar sahaja.
His thinking leans _____ democracy.
- for
- with
- towards
- none of these
__________ gang of prisoners was brought to justice after they had robbed several banks in __________ areas.
- Those, these
- These, that
- That, this
- This, those
That was _____ flood in many years.
- worse
- worse than
- the worse
- the wors
Siti woke up late today _____ he missed the bus.
- because
- so
- or
- and
You can take the red dress _____ the green grass.
- nor
- but
- or
- because
_____ her principles, she has to be vey careful.
- With regard of
- With regard on
- With regard to
- None of these
Contoh Soalan Psikometrik SPA
Untuk Seksyen Ujian Psikometrik, mohon rujuk artikel di bawah.
Kami ada rekomen rujukan ujian psikometrik dalam artikel tersebut.
Rujukan mengandungi 200 contoh soalan psikometrik dan jawapan. Setiap jawapan pula mempunyai penerangan mengapa jawapan itu dipilih.
Untuk seksyen lain, kami rekomen rujukan di bawah:
Cadangan Rujukan
Buat masa ini tiada rujukan spesifik untuk jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.
Oleh itu, bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan Extra Seksyen.
Rujukan ini mengandungi contoh soalan + jawapan.
Rujukan boleh dibeli kombo untuk lebih jimat. Atau beli secara satu-satu.
Rujukan:
- Sesuai untuk peperiksaan KERAJAAN PUSAT
- Sesuai untuk semua gred jawatan
Rujukan ini telah bantu ramai calon. Klik link di bawah untuk melihat testimoni mereka.